Ana ingin berkongsikan dengan anda semua tentang satu tulisan menarik mengenai kelebihan orang-orang yang berilmu. Ilmu itu sangat penting bagi seseorang muslim dalam meneruskan kehidupan seharian supaya sentiasa berada pada landasan yang betul dan sentiasa berlandaskan syariat islam. Di sini ana juga ingin menerangkan serba sedikit mengenai itu. Antara kelebihan orang-orang yang berilmu adalah;
1) Amalnya diterima oleh Allah SWT. Orang jahil yang beramal tidak diterima amalannya, kerana ilmu itu imam bagi amal dan amal mengikut ilmu.
2) Menjadi kekasih Allah. Orang yang menuntut ilmu akan sentiasa dekat dengan Allah dalam kehidupan seharian mereka.
3) Menjadi pewaris nabi-nabi. Orang yang berilmu akan menyampaikan pula ilmu yang ada kepada orang lain dan menjadi pewaris kepada para nabi.
4) Menjadi hamba Allah yang bertakwa. Dengan ilmu yang ada akan menyedarkan sesorang itu yang betapa kerdilnya mereka jika nak dibandingkan dengan kuasa Allah itu. Seterusnya akan meningkatkan ketakwaan mereka kepada Allah.
5)Menghampiri darjat nabi-nabi kerana nabi-nabi adalah orang-orang yang berilmu. Orang yang berilmu juga akan tinggi darjat kedudukannya malah mungkin dapat menghampiri darjat para nabi-nabi oleh sebab tingginya ilmu dalam diri.
6) Sentiasa sihat tubuh badan. Orang yang memiliki ilmu yang tinggi akan sentiasa disihatkan tubuh badan oleh Allah.
7) Dimudahkan rezekinya oleh Allah (mendapat rezeki dengan tidak perlu bekerja, dan mendapat rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangka-sangka).Ini kerana Allah membuka dan memudahkan pintu rezeki bagi hamba-hamba yang dikehendakiNya.
8.) Dipanjangkan umur oleh Allah. Allah akan memanjangkan umur orang memiliki ilmu supaya ilmu dapat terus disampaikan kepada orang lain.
9) Mendapat 500 darjat. Allah memberi darjat yang tinggi kepada hambanya yang menuntut ilmu sebanyak 500 darjat.
10) Diberi izin oleh Allah untuk memberi syafaat pada Hari Qiamat. Pada hari kiamat nanti orang yang berilmu akan diberi syafaat oleh Allah di atas ilmu yang dimiliki.
Dengan ini dapat la dibuat kesimpulan yang kehidupan orang-orang yang berilmu akan sentiasa diberkati hidupnya di dunia dan akhirat. Anda pelajarilah segala ilmu-ilmu yang ada didunia ini asalkan ia tidak menyesatkan dan menjauhkan seorang hamba itu dengan Allah. Ilmi Allah itu terlalu banyak. Jika air lautan dijadikan dakwat untuk menulis segala ilmu Allah nescaya akan keringlah lautan di bumi ini. Orang yang berjaya didunia adalah kerana ilmu dan orang yang berjaya di akhirat juga kerana ilmu. Begitulah pentingnya ilmu bagi seseorang itu. Insyaallah semoga kita semua akan mendapat keberkatan dari Allah diatas niat kita yang betul dalam menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment