Tuesday, December 28, 2010

Terapi Menulis DaN Bercakap SeoranG DiRi..

Menulis tidak sama dengan bercakap.




Kedua-dua terapi ini jauh berbeza sama sekali. Dari segi gaya melakukannya, keadaan rohani fizikal spiritual, dan dari segi kadar impak.

Aktiviti bercakap seorang diri, kita tidak akan mengedit semula apa yang kita cakapkan. Jadi, kita akan bercakap saja tanpa ada ‘dinding-dinding kebodohan’ yang menghalangnya. Kita tidak khuatir, kerana kita bercakap seorang diri. Namun, terapi ini kurang efektif jika ada orang lain di depan kita. Kerana orang Melayu lebih tahu, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’” Itulah dinding kebodohan.

Menulis pula terbahagi dua. Menulis dengan keyboard dan pensil. Kedua-dua gaya ini juga punya ‘dinding kebodohan.’ Tidak kira, menulis untuk diri sendiri, ataupun menulis untuk orang lain, kita masih menjadi editor pertama tidak rasmi kepada tulisan sendiri.

Menulis dengan Keyboard

Saya mempelajari teknik menulis yang baik daripada Tuan Zakaria Sungib (kami menggelar beliau sebagai Pak Ya dalam dunia editorial), editor senior dan veteran daripada Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Menurut beliau, bagi tulisan kita yang pertama, langgar saja segala kesilapan yang berlaku, biarpun ada tersalah taip, tertinggal perkataan atau gaya bahasa yang kurang baik, teruskan menulis sampai idea kita terhenti. Kemudian, sesudah habis menulis penuh satu artikel atau novel, peram tulisan kita, lakukan aktiviti lain seperti memasak, tidur, melancong, ataupun menulis perkara yang lain. Setelah berminggu-minggu kita peram tulisan itu, kita buka semula dan lakukan edit yang pertama.

Tip ini juga sama dilakukan oleh seorang penyajak muda; yang sudah banyak saya pelajari daripadanya; Tuan Fahd Razy. Penyajak berpendidikan perubatan ini menasihatkan hal yang sama, jika kita ingin menjadikan sajak atau puisi kita yang bagai jeruk itu, amat masam dan sedap dihadam (diedit) semula.

‘Dinding kebodohan’ ketika menulis dengan keyboard, adalah butang BACKSPACE. Setiap kali menulis, kita sentiasa akan mengedit apa yang ingin kita luahkan.

Menulis dengan Pensel.

Dinding kebodohan bagi gaya ini, adalah pemadam ataupun cecair pemadam mecury (liquid paper). Apabila kita biasa menulis pensel, kita akan tergerak untuk memegang pemadam di tangan yang lagi satu. Mujur, ada sesetengah guru yang perasan akan hal ini, dan mengatasi hal ini dengan bijak. Caranya ialah menggantikan pensel kepada pen mata bulat.

Contohnya, semasa di bangku sekolah dulu, guru Bahasa Melayu saya amat pantang andai ada anak muridnya yang menggunakan cecair pemadam bagi memadamkan kesilapan yang berlaku semasa menulis. Cikgu saya yang berdedikasi itu, (nama beliau adalah Sharifah Azlina, tapi kami menggelar beliau Cikgu Elly) menyaran kami menggunakan pembaris dan garis saja kesilapan itu. Rasionalnya, kita dapat membaca semula apakah kesilapan yang pernah kita lakukan (post mortem) jadi kita tidak akan mengulanginya. Kesan tidak langsung pula, kita sebenarnya dapat menyusun idea yang mana boleh didahulukan dan dikemudiankan.

‘Dinding kebodohan’ bagi aktiviti menulis adalah sesuatu yang dapat menghilangkan kesilapan kita. Biasalah. Lumrahnya, kita sang manusia adalah editor kepada tulisan kita sendiri.

(Bagaimana saya menggelarnya ‘dinding kebodohan‘ adalah hasil daripada cernaan saya terhadap buku Baka No Kabe. Jadi, saya sendiri yang meminjamkan istilah itu daripada penulisnya, Dr. Yoro.)

Bercakap Seorang Diri

Bagaimana pula dengan terapi bercakap seorang diri? Haaa… bab ini sudah saya ceritakan dalam entri ini. Dipersembahkan dalam bentuk suara pula, bagi menunjukkan betapa efektifnya terapi ini. Selamat mendengar, ya. Hehe.

Faedah dan Konsep Ganjaran

Jadi, sesi luahan rasa dan tekanan bagi bercakap seorang diri dan menulis mempunyai impak yang berlainan. Saya lebih suka menterjemahkan konsep ganjaran bagi kedua-dua aktiviti ini kepada pahala.

Bercakap seorang diri impaknya adalah lebih kepada diri kita sendiri. Manakala menulis pula, kebaikannya adalah kepada diri sendiri dan penambahan ilmu kepada orang lain juga. Justeru, kita lebih nampak, bukan? Yang mana satu lebih mendatangkan pahala yang banyak?
(Saya tidak berniat menanam unsur tamak dalam mengejar pahala. Cuma mungkin saya sedikit terkesan dengan buku “Meraih Pahala Besar dengan Sedikit Amal,” yang berkongsi bagaimana umat Islam perlu kreatif dan ikhlas secara serentak semasa beramal soleh.)

Jadi, hati-hati dengan apa yang anda tulis, dan cakapkan.

Kerana kedua-duanya,

bisa membawa kita ke syurga,

juga ke neraka.

(Diulangi, KITA.)

apa itu CRITICAL THINKING...? jom kita baca..!

Ilmu Critical Thinking oleh Puan Ainon Mohd.



Sejarah Kelahiran Pemikiran Kritikal
Mari kita kenal dahulu sejarah Critical Thinking. Pemikiran Kritikal dicipta ketika zaman tradisi Yunani oleh tiga manusia ini, Plato, kemudian diwarisi oleh Socrates, lalu diperturunkan kepada Aristotle (guru kepada Alexander Zulkarnain). Ilmu Pemikiran Kritikal adalah pemikiran yang tidak natural, maka kalau kita tidak diajar memang tidak akan mahir menggunakannya. Kesannya, lihat saja beberapa bangsa yang dijajah oleh empayar Yunani ini mahir berfikir secara kritikal. Contohnya, Eropah menjajah India. Disebabkan itu orang India pakar berdebat (peguam popular di Malaysia juga berbangsa India, merujuk suku kaum Sikh.)

Bagaimana pemikiran ini masuk ke dalam Islam? Ia meresap melalui Baghdad (Iskandariah), dalam episod pemerintahan Khalifah Abbasiyah yang menubuhkan Darul Hikmah; menterjemahkan banyak karya Yunani kepada Bahasa Arab. Penterjemah itu pula adalah Yahudi belaka.

Bagaimana pula pemikiran kritikal masuk ke Malaysia, adalah melalui penjajah Barat yang ‘menumpang’ di sini (Negara India juga senasib). Apalagi ustaz-ustaz Malaysia yang graduasi Al-Azhar, mereka mahir ilmu mantik (konsep mantik turut dipopularkan oleh Syed Naquib Al-Attas). Namun begitu, pemikiran kritikal masih bukan cara berfikir Nabi Muhammad dan Al-Quran.

Edward De Bono dalam kenyataannya, beliau menuduh Barat mundur 100 tahun daripada Jepun dan China disebabkan negara bermata sepet ini tidak berfikiran kritikal. Disebabkan itu, Jepun dan China sukar dijajah kuasa Eropah.

Apa Itu Pemikiran Kritikal?






Mudah saja. Pemikiran kritikal sama saja dengan debat. Debat sudah semestinya membawa beberapa kenyataan (statement) ataupun idea. Bila berfikir secara kritikal, kita terdorong membantah kenyataan itu. Hasilnya, terpacul segala hujah yang berlawanan semata-mata untuk mematahkan kebenaran sesuatu kenyataan. Kemudian, kita berlawan-lawan fakta atau pemikiran semata-mata ingin mengatakan sesebuah idea itu salah. Jika kedua-duanya (statement/idea) itu berjaya kita buktikan salah, maka terbukti juga kita adalah betul.

Inilah kelemahan atau dosa terbesar dalam pemikiran kritikal, iaitu membuktikan orang lain salah dan menganggap kita betul. Puan Ainon mengatakan situasi ini sebagai ‘falasi’ (atau kalau boleh saya gelar ‘falasi’ ini sama maksudnya dengan ‘fatamorgana’ iaitu tipuan dunia).

Contoh dan Bukti Pemikiran Kritikal
Contoh Pertama.

Hampir kesemua inovasi yang ada sekarang adalah hasil kritikan terhadap ciptaan asal. Contohnya, sofa adalah hasil penambahbaikan idea daripada kerusi. Komputer adalah hasil penambahbaikan daripada kalkulator. Apabila kita sudah mengenali ciptaan asal sesuatu produk, sudah pasti kita tiada masalah bagi mengkritik inovasi seterusnya.

Kebaikan TIDAK berfikir secara kritikal boleh kita pelajari daripada sejarah teknologi jam Quartz. iaitu, prinsip signal berulang yang dihasilkan oleh kristal quartz. Pada zaman dahulu, teknologi Quartz ini dipamerkan dalam satu pameran teknologi jam antarabangsa di Switzerland. Ketika itu, negara-negara dari Eropah dan Switzerland sendiri cuma memandang sebelah mata saja terhadap teknologi ini. Ini disebabkan mereka masih membandingkan dengan teknologi jam Swiss sedia ada, dan mereka berpendapat tiada keistimewaan lain.

Kemudian, rombongan Jepun, iaitu dari syarikat SEIKO, hadir di situ lantas menyambar idea teknologi Quartz ini (kesedaran isu harta intelek dan paten di Switzerland ketika itu belum ada). Maka, syarikat SEIKO selepas itu bangkit sebagai pengeluar jam terbesar dari Timur. Kemudian ekonomi Switzerland pula dikatakan jatuh merundum sebanyak 80% dalam tempoh 80 tahun, memandangkan kegiatan utama negara Switzerland adalah mengeksport jam (melalui syarikat Swiss). Mengapa SEIKO melihat peluang ini?

Jawapannya, Jepun tidak pernah mencipta jam sebelum ini, maka mereka tidak berupaya mengkritik ciptaan jam mereka yang asal. Mereka sekadar menganggap teknologi Quartz ini sebagai penemuan terbaru, murah dikomersilkan dan mudah dipatenkan.

Contoh Kedua. (Saya petik contoh di bawah ini dari majlis ilmu Puan Ainon yang lain.)

Bayangkan, seandainya sebatang lilin itu dikritik, didebat, ataupun dihujahkan. Puaslah kita berfikir bagaimana mendapatkan lilin yang bertahan lebih lama dengan cuba dibakar dalam balang kaca, maka terhasillah lampu pelita. Kita juga puas memikirkan api yang lebih kuat dengan membakarnya dengan bantuan gas asli, maka terhasillah lampu gasolin. Kita juga puas memikirkan lilin yang tidak berbau dengan menghasilkan lilin wangi.

Bayangkan pula, kalaulah Thomas Edison menggunakan teknik pemikiran kritikal ini, beliau pasti tidak akan menemukan teknologi mentol yang ada sekarang. Lihat saja mentol di sebelah kita, 360 darjah sangat kontra struktur binaannya dengan lilin. Namun, misi mentol masih sama dengan lilin. Iaitu menghasilkan cahaya (atau haba jika perlu). Err.. Sepatutnya ini adalah contoh pemikiran parallel. Apalah Irfan ni…

Pengajaran/Moral daripada Pemikiran Kritikal
1. Musuh kita adalah diri kita sendiri.

Musuh kita sebenarnya adalah kisah-kisah kejayaan lampau yang diraih oleh diri kita sendiri, ataupun pengetahuan kita yang sedia ada. Kerana itu, dalam pengalaman saya, saya sering bertemu sahabat yang sangat cemerlang di UPSR dan PMR tetapi gagal semasa SPM. Ada juga yang cemerlang semasa SPM, namun ditendang keluar oleh pengurusan Matrikulasi kerana tidak cukup pointer. Mereka terbawa-bawa dengan kisah kejayaan mereka. Saya berpegang teguh pada pesanan cikgu Sains saya di Tingkatan Tiga di SMKPG1, Cikgu Masrawati,

"Berjaya itu tidak sukar, tapi mengekalkan kejayaan itu adalah sangat derita".

2. Jika datang idea baru, usah terburu-buru menuntut bukti.

Kita tanpa sedar, sudah terbiasa meminta data atau statistik yang menunjukkan sesuatu idea itu terbukti berkesan. Sedangkan, idea-idea baru adalah musuh kepada idea lama. Idea lama yang sudah mempunyai data dan statistik itu pula, terang-terang menggambarkan usia sesebuah idea itu bertahan. Oleh itu, mari membuka diri kita terhadap ruang-ruang risiko idea baru, supaya kita berpeluang belajar sesuatu daripadanya. Risiko juga adalah ilmu.

3. Delay your judgement, atau tangguhkan keputusan semasa menilai.

Kita kadang-kala gopoh membuat penilaian. Ia mungkin disebabkan kita terbawa-bawa dengan pengaruh Barat, iaitu kita menganggap orang yang tidak ada pendapat adalah bodoh, atau mempunyai satu pendapat sahaja sudah dianggap pintar. Barat mengatakan orang yang laju melontar komentar adalah pintar, walhal Islam mengetengahkan prinsip “Diam lebih baik daripada berkata-kata.” Berbeza pula dengan pemikiran timur seperti Jepun, China dan Korea. Mereka sependapat, bahawa orang yang lambat beri pendapat, atau mempunyai banyak cabang komentar adalah seorang yang bijaksana dan hebat. Contoh jawapan orang pintar kebiasaannya adalah seperti ini,

Komen saya terhadap isu ini ada dua. Wajar dan tak wajar. Dari segi ……… ia adalah wajar. Dari segi ….. pula ia tidak wajar.

4. Selalu berfikir yang positif sahaja.

Jika kita sering berfikir positif, kita pasti akan nampak ruang dan peluang di sebalik masalah yang sedang kita hadapi. Jika kita berfikir secara kritikal, pemikiran kita akan terlindung oleh satu hijab (atau saya katakan ia mirip Dinding Kebodohan oleh Dr. Yoro Takeshi). Kita boleh jadikan kisah kejayaan mencipta mentol oleh Thomas Edison sebagai motivasi dalam pemikiran kita.

Latihan Tambahan.
Mari mengkritik kereta sorong dalam gambar rajah di bawah (ia betul-betul serupa dengan sampel latihan daripada Puan Ainon):


di petik dari : http://www.sangpelangi.com/ilmu-critical-thinking-oleh-puan-ainon-mohd.html

mengapa Rasulullah tidak pernah SAKIT...

Membongkar rahsia dan formula kesihatan

Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.


TENTU ANDA TERTANYA-TANYA TENTANG RAHSIA BAGINDA..



BUKU INI MENGANDUNGI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN ANDA..

yang mengandungi formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah

Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh

Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah

Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah

Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia

Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat



“Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit”



Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah.



Adakah anda mahu kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan?

Friday, December 17, 2010

Katakan Tidak Kepada Putus Asa....!!!!!


Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan.
Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.
Pasti akan disusuli dengan kekecewaan
Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.
Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.
Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.
Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.
Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?
Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.
Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?
Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.
Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.
Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?
Lawan Perasaan Putus Asa..!
Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.
Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.
Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.
Kesilapan sering terjadi di situ.
Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.
Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.
Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.
Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.
Semuanya bermula daripada putus asa.
Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.
Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.

Sunday, December 5, 2010

Hijrah dan Intipati Sejarahnya..

Peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke kota Madinah merupakan peristiwa yang sangat penting kepada umat Islam seluruh dunia, dan peristiwa ini sering diperingati pada setiap tahun. Selama 13 tahun Rasullulah menjalankan usaha dakwahnya di Mekah, menyeru kaum kafir Quraish supaya beriman dengannya, namun usaha ini hanya diterima oleh segelintir kecil sahaja dari kalangan mereka. 13 tahun bukanlah satu masa yang singkat, lebih-lebih lagi dalam masa tersebut dipenuhi dengan berbagai-bagai rupa kezaliman dan kekejaman, penderitaan dan azab sengsara. 

Kemuncak dari kekejaman dan penyeksaan musuh-musuh Islam ialah keazaman bulat untuk membunuh baginda Rasullullah s.a.w. Hanya dengan pertolongan daripada Allah sahaja yang dapat melepaskan Rasullullah s.a.w. daripada rancangan dan niat jahat musuh-musuh Islam ini. Setelah mendapat pembelaan dan pertolongan daripada Allah, maka berlakulah penghijrahan Rasullullah dari kota Mekah ke kota Madinah bersama-sama dengan sahabat baginda saidina Abu Bakar as Siddiq di tengah malam yang gelap pekat pada tahun 622 Masihi.

Motif sebenar hijrah baginda Rasullullah ini bukanlah kerana putus asa, atau kerana kelemahan atau kerana lari dari kekejaman dan penyeksaan atau kerana takut mati dan bacul untuk menghadapi musuh. Tetapi motif sebenatnya ialah akidah dan agamanya dari fitnah musuh, kerana membawa akidah dan agamanya ke bawah naungan langit yang tenang dan damai, sehingga hijrah itu menjadi wajib ke atas setiap mukmin yang berkuasa dan terdaya.

Tegasnya kedamaian dan ketenangan dalam menganuti akidah dan agamanya itulah motif hijrah. Oleh hal yang demikian maka beberapa hijrah yang terdahulu daripada itu telah diizinkan sebelum hijrah ke kota Madinah secara umum dan menyeluruh dibenarkan.

Hijrahnya Rasullullah s.a.w. dan para sahabat dengan segala pengorbanan dan kesusahan, adalah semata-mata kerana menyahut seruan Allah bagi meninggalkan buat sementara negeri Mekah yang ketika itu dipenuhi dengan kekufuran dan kesyirikan. Mereka menuju ke kota Madinah untuk mendirikan sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam menurut ajaran Allah dan RasulNya.

Justeru itu, peristiwa hijrah adalah peristiwa yang amat penting dalam sejarah Islam dalam konteks mendirikan sebuah masyarakat Islam di Madinah. Oleh sebab itu, hijrah merupakan kewajipan utama yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam ketika itu, kerana tanpa hijrah tersebut masyarakat Islam tidak dapat dibentuk. Dalam berhijrah, terkandung tiga perkara yang tidak boleh dipisahkan, iaitu Iman, Hijrah dan Jihad.

Iman menjadi titik tolak untuk berhijrah. Hijrah pula merupakan suatu ujian kepada kekuatan iman, yang kelak akan menghasilkan jihad ke jalan Allah, dan menerusi jihad pula akan menjamin kejayaan di dalam perjuangan menegakkan masyarakat Islam. Ketiga-tiga rangkaian inilah yang telah disebutkan oleh Allah dalam surah at Taubah ayat 20, yang maksudnya;
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (yakni daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang memakmurkan masjid sahaja), dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."

Umat Islam di zaman Rasullullah s.a.w. telah beriman dengan Allah dan telah berhijrah bagi mendirikan masyarakat Islam, dan mereka juga telah berjihad di jalan Allah. Oleh itu, mereka telah memperolehi kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Iman sahaja tidak mencukupi untuk menjadi seorang hamba Allah yang taat. Iman yang benar-benar ikhlas dan jujur akan mendatangkan hasil yang dapat dilihat. Hasil iman ialah amal yang bersungguh-sungguh menurut segala ajaran Allah, dan berusaha menghasilkan sebuah masyarakat Islam yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai keIslaman.

Sejarah telah menceritakan kepada kita kisah-kisah yang istimewa dan jarang ditemui apabila masyarakat Islam pertama hendak didirikan di Madinah pada tahun 622 Masihi, iaitu ketika berlakunya peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w. Kisah-kisah ini sebenarnya menggambarkan suatu pengorbanan yang besar yang telah diberikan oleh umat Islam bagi menyahut seruan Allah dan rasulNya bagi mendirikan sebuah masyarakat Islam di Madinah. Oleh kerana mendirikan masyarakat Islam itu merupakan suatu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap individu Muslim, maka semuanya rela menunaikan amanah itu dengan penuh ikhlas dan jujur hingga terlaksananya pembentukan masyarakat Islam pertama di Madinah al Munawwarah.

Hijrahnya umat Islam dari Mekah ke Madinah adalah untuk menyahut panggilan Allah dan RasulNya bagi mendirikan sebuah masyarakat Islam yang ideal, yang akan menjadi contoh selama-lamanya. Usaha seperti ini tidak akan berjaya tanpa iman yang kukuh dan pengorbanan yang besar dan ikhlas hanya kerana Allah. Di mana kesemuanya ini dilakukan hanyalah untuk mencari keredhaan Allah dan bukan kerana kepentingan peribadi ataupun sebagainya.

Iman yang sebeginilah yang telah berjaya ditanam dan dipupuk oleh baginda Rasullullah s.a.w. kepada pengikutnya, dan natijahnya dapat dilihat daripada peristiwa hijrah. Iaitu iman yang bukan hanya disebut dilidah, tetapi iman yang terukir di dalam hati, iman yang mengisi segala ruang hatinya. Iman yang teruji adalah iman yang kukuh dan teguh, iman yang bersih dan jernih. iman yang benar dan jujur, iman yang tinggi dan terbukti. Oleh hal yang demikian hubungan antara iman dan ujian merupakan hubungan yang pasti dan tabii. Tiada ujian pada hakikatnya adalah tiada iman, iaitu iman yang teruji dengan nama, dengan kedudukan dan pangkat, teruji dengan harta dan kekayaan, teruji dengan kelazatan dan keseronokan kebendaan, kesenangan dan kemewahan, dan teruji dengan hawa nafsu dan keindahan yang palsu.

Seterusnya peristiwa hijrah mengajar kita supaya mengenal erti jihad. Jihad dengan pengertiannya yang luas meliputi segala bidang usaha dna amal, perjuangan dan pengorbanan, sama ada denga lisan atau kalam, sama ada dengan ilmu pengetahuan, wang atau harta kekayaan, ataupun sama ada dengan mata pedang atau nyawa dan tubuh badan. Jihad yang dipamerkan oleh umat terdahulu menerusi hijrah ialah jihad untuk membela dan membantu Allah dan RasulNya. Iaitu membela agama Allah dengan erti dan konsep yang didatangkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui wahyuNya iaitu al Quran, dan bukannya Islam seperti yang difahami oleh manusia-manusia yang jahil kepada hakikat Islam.

Jiwa jihad tidak mungkin hidup pada setiap Muslim dan juga pada umat Islam tanpa mereka mempunyai rasa cintakan Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya. Iaitu lebih dari ibubapanya, anak isterinya, atau saudara-maranya, atau dari harta benda dan pangkat dan ketinggian. Jelasnya, tanpa rasa cintakan Islam tidak mungkin sama sekali akan sanggup berjihad kerana Allah.

Justeru itu, jelas kepada kita kenapakah hijrah yang telah dilakukan oleh Rasullullah bersama-sama dengan para pengikutnya itu telah berjaya mencapai matlamatnya, di mana mereka telah berjaya mencapai kemenangan yang besar untuk mempertahankan akidah dan agama dan menyebar-luaskan deen yang suci ini ke seluruh dunia.

Bagaimanakah pula kita umat Islam masakini. Adakah konsep hijrah yang telah dirakamkan oleh sejarah telah dapat kita fahami dan hayati, sepertimana yang yang telah ditunjukkan oleh pengikut Rasullullah s.a.w. Apa yang jelas dalam kehidupan umat Islam kini menggambarkan kita amat jauh daripada menghayati konsep hijrah. Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredhai Allah. Di mana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan.

Di antara ciri-ciri kemenangan yang perlu ada pada diri kita sebagai seorang Islam menerusi penghayatan hijrah ialah;

1. Seorang yang beriman kepada Allah dan taat serta patuh kepada segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya
2. Orang yang beriman dengan Rasullullah s.a.w., memuliakannya, menolong dan membelanya, dan mengikuti cahaya kebenaran yang diturunkan oleh Allah melaluinya.
3. Orang yang sentiasa membersihkan jiwanya.
4. Orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.
5. Orang yang berjihad dengan harta benda dan dirinya.
6. Orang yang bertaqwa, bertaubat, dan sering mengingati Allah.

Akhirnya perlulah kita fahami bahawa hijrah merupakan syiar keimanan, sama ada hijrah dari suatu tempat kekufuran, kemusyrikan dan kejahilan kepada tempat yang dinaungi akidah keimanan dan hakikat kebenaran. Atau hijrah dari kemaksiatan, kemungkaran dan kefasikan kepada ketaatan, kemakrufan dan kesalihan. Seterusnya hijrah dari ketaatan kepada ketaqwaan dan seterusnya kepada mendekatkan diri kepada Allah. Demikianlah juga hijrah dari dunia kepada akhirat, iaitu hijrah dari cintakan dunia kepada cintakan Allah dan hari akhirat.

rencana ini dipetik dari :
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php/imagesweb/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=2224&cmd=resetall

* semoga kita sama2 mendapat ibrah dari sejarah hijrah Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم

Saturday, December 4, 2010

"tanah MELAYU makin mengecut..."

baru-baru ni..ana turun ziarah kakak2 di perak...
hari terakhir semasa perjalanan dari rumah kak.chaq (kakak yang sulung) ke station bus Ipoh...suami kepada kakakkku dengan ramahnya melontarkan apa yang tersimpan di minda dan lubuk hatinya bagi menghangatkan suasana sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir satu jam...kata-katanya bukan sekadar omongan kosong..tapi,...kata-katanya penuh motivasi...penuh kesedaran buat kami yang khusyuk mendengar sambil mata-mata memandang kekuasaan Allah Subhanahu wa ta'ala...abg iparku yang mana bekas seorang pegawai bank yang telah bersara beberapa tahun yang lalu, dan yang kini telah mempunyai minat sendiri dalam bidang perniagaan telah menjalankan beberapa jenis perniagaan dalam sektor pertanian dan penternakkan dengan begitu giat...bukan calang-calang orang melayu dapat buat macam tu..boleh bilang dengan jari berapa kerat anak jati melayu yang sanggup membanting tulang 4 kerat untun bertani,menternak, dan yang sewaktu dengannya?? kebanyakkannya nak kerja berudarakan air-cond..nak pakai baju lawa-lawa pergi ke pejabat,...nak turun bendang??ee..keleboq(lumpur) ee..cacing..eee tak naklah..panas..nanti hitam!!..sedangkan kita dah lupa pepatah melayu..bila berbudi dengan tanah, peluang masa depan lebih cerah...jom kita tengok kepada geografi negara kita plak..boleh tgk tak kawasan pertanian dah semakin sempit kan???sawah-sawah padi di jual..jual kepada siapa??ada orang melayu yang beli??dah pasti cina yang beli! pastu ada yang di tambak menjadi perumahan..katanya lagi tatkala cermat memandu..."tanah melayu makin mengecut, penduduk makin ramai..tolongla sebar-sebarkan kepada semua orang terdekat, jangan sayangkan duit untuk membeli tanah, kerana tanah tu berharga untuk generasi akan datang..."..beli kereta??asyik-asyik sibuk nak beli kereta, pantang ada model baru masing-masing sibuk nak tempah,kat rumah dah ada 3biji dah..nak beli lagi..!!! sedarkah kita berapa lama besi tu boleh bertahan??harga masa beli puluh-puluh ribu..kalau nak jual??? renung-renungkanlah..dari saat itu terdetik di hati ana sebagai seorang mahasiswa  untuk menjana masa depan demi generasi akan datang...buat teman-teman seperjuangan, belum terlambat bagi kita yang masih bergelar mahasiswa untuk tanamkan di hati masing-masing untuk bekerja sendiri selepas bergraduate nanti..jangan harapkan makan gaji dengan kerajaan saja...hidup sebagai mahasiswa harus kreatif dan kritis..mari kita lihat lagi...hari ini berapa ramai mahasiswa yang masing-masing sibuk di rumah "tanam anggur"?? nak-nak pulak...umur untuk bersara dinaikkan ke 60 pulak??mana ada ruang dah untuk para pekerja tanam anggur ni untuk dapat kerja? kata abg iparku lagi...sahabatnya yang dulunya miskin kini sudah mampu memiliki beberapa hecktar tanah dengan titik mulanya menjual burger..dari satu gerai sekarang dah berpuluh-puluh gerai di merata negeri dalam malaysia..hebat kan?? bagi yang gaji 5,6 ribu sebulan..dah berapa ratus hecktar tanah dah yang telah di beli??? wahai sahabat sahabiahku sekalian...ayuh kita bangun, buka mata luas-luas fikirkan kehadapan...di mana letakknya kita sebagai orang melayu, kalau harini kita masih kabur disebalik kesenangan..keselesaan..sedangkan di belakang kita tanpa kita sedari bangsa-bangsa lain sedang giat bekerja untuk mendapatkan tanah milik kita...MILIK KITA!! SELAMATKAN GENERASI AKAN DATANG...!!!!!!!!