Orang mukmin yang sejati
Jika terbuat dosa
Hatinya luka punah
Sedih dan derita
Jiwanya parah tak boleh
Melupakannya sepanjang masa
Kalau ia anggota lahir
Tentu nampak berdarah
Kalaupun sembuh dari lukanya
Namun parutnya masih ada
Begitulah halus perasaan
Seorang hamba yang berdosa
Dia tak boleh melupakannya sepanjang masa
Bagaimana dia boleh melupakannya
Kerana parutnya masih ada
Ertinya ingatannya pada dosa
Tak boleh dilupakannya
Teringat sahaja jiwanya tersiksa
Teringat sahaja hatinya derita
Payah sekali dia mahu melupakannya
Perasaan ini anugerah
Dan nikmat dari tuhannya
Takut dengan dosanya itu
Jadi syafaat padanya
Tersiksa dengan dosa
Derita dengan kesalahan
Dianggap oleh Allah itulah
Hukuman kepada hambanya
Moga di akhirat kelak terselamat
Daripada siksa neraka
Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja ia bergelora
Kerana takut dengan tuhannya
Lebih lagi setelah terbuat dosa
No comments:
Post a Comment