Tuesday, December 28, 2010

apa itu CRITICAL THINKING...? jom kita baca..!

Ilmu Critical Thinking oleh Puan Ainon Mohd.



Sejarah Kelahiran Pemikiran Kritikal
Mari kita kenal dahulu sejarah Critical Thinking. Pemikiran Kritikal dicipta ketika zaman tradisi Yunani oleh tiga manusia ini, Plato, kemudian diwarisi oleh Socrates, lalu diperturunkan kepada Aristotle (guru kepada Alexander Zulkarnain). Ilmu Pemikiran Kritikal adalah pemikiran yang tidak natural, maka kalau kita tidak diajar memang tidak akan mahir menggunakannya. Kesannya, lihat saja beberapa bangsa yang dijajah oleh empayar Yunani ini mahir berfikir secara kritikal. Contohnya, Eropah menjajah India. Disebabkan itu orang India pakar berdebat (peguam popular di Malaysia juga berbangsa India, merujuk suku kaum Sikh.)

Bagaimana pemikiran ini masuk ke dalam Islam? Ia meresap melalui Baghdad (Iskandariah), dalam episod pemerintahan Khalifah Abbasiyah yang menubuhkan Darul Hikmah; menterjemahkan banyak karya Yunani kepada Bahasa Arab. Penterjemah itu pula adalah Yahudi belaka.

Bagaimana pula pemikiran kritikal masuk ke Malaysia, adalah melalui penjajah Barat yang ‘menumpang’ di sini (Negara India juga senasib). Apalagi ustaz-ustaz Malaysia yang graduasi Al-Azhar, mereka mahir ilmu mantik (konsep mantik turut dipopularkan oleh Syed Naquib Al-Attas). Namun begitu, pemikiran kritikal masih bukan cara berfikir Nabi Muhammad dan Al-Quran.

Edward De Bono dalam kenyataannya, beliau menuduh Barat mundur 100 tahun daripada Jepun dan China disebabkan negara bermata sepet ini tidak berfikiran kritikal. Disebabkan itu, Jepun dan China sukar dijajah kuasa Eropah.

Apa Itu Pemikiran Kritikal?






Mudah saja. Pemikiran kritikal sama saja dengan debat. Debat sudah semestinya membawa beberapa kenyataan (statement) ataupun idea. Bila berfikir secara kritikal, kita terdorong membantah kenyataan itu. Hasilnya, terpacul segala hujah yang berlawanan semata-mata untuk mematahkan kebenaran sesuatu kenyataan. Kemudian, kita berlawan-lawan fakta atau pemikiran semata-mata ingin mengatakan sesebuah idea itu salah. Jika kedua-duanya (statement/idea) itu berjaya kita buktikan salah, maka terbukti juga kita adalah betul.

Inilah kelemahan atau dosa terbesar dalam pemikiran kritikal, iaitu membuktikan orang lain salah dan menganggap kita betul. Puan Ainon mengatakan situasi ini sebagai ‘falasi’ (atau kalau boleh saya gelar ‘falasi’ ini sama maksudnya dengan ‘fatamorgana’ iaitu tipuan dunia).

Contoh dan Bukti Pemikiran Kritikal
Contoh Pertama.

Hampir kesemua inovasi yang ada sekarang adalah hasil kritikan terhadap ciptaan asal. Contohnya, sofa adalah hasil penambahbaikan idea daripada kerusi. Komputer adalah hasil penambahbaikan daripada kalkulator. Apabila kita sudah mengenali ciptaan asal sesuatu produk, sudah pasti kita tiada masalah bagi mengkritik inovasi seterusnya.

Kebaikan TIDAK berfikir secara kritikal boleh kita pelajari daripada sejarah teknologi jam Quartz. iaitu, prinsip signal berulang yang dihasilkan oleh kristal quartz. Pada zaman dahulu, teknologi Quartz ini dipamerkan dalam satu pameran teknologi jam antarabangsa di Switzerland. Ketika itu, negara-negara dari Eropah dan Switzerland sendiri cuma memandang sebelah mata saja terhadap teknologi ini. Ini disebabkan mereka masih membandingkan dengan teknologi jam Swiss sedia ada, dan mereka berpendapat tiada keistimewaan lain.

Kemudian, rombongan Jepun, iaitu dari syarikat SEIKO, hadir di situ lantas menyambar idea teknologi Quartz ini (kesedaran isu harta intelek dan paten di Switzerland ketika itu belum ada). Maka, syarikat SEIKO selepas itu bangkit sebagai pengeluar jam terbesar dari Timur. Kemudian ekonomi Switzerland pula dikatakan jatuh merundum sebanyak 80% dalam tempoh 80 tahun, memandangkan kegiatan utama negara Switzerland adalah mengeksport jam (melalui syarikat Swiss). Mengapa SEIKO melihat peluang ini?

Jawapannya, Jepun tidak pernah mencipta jam sebelum ini, maka mereka tidak berupaya mengkritik ciptaan jam mereka yang asal. Mereka sekadar menganggap teknologi Quartz ini sebagai penemuan terbaru, murah dikomersilkan dan mudah dipatenkan.

Contoh Kedua. (Saya petik contoh di bawah ini dari majlis ilmu Puan Ainon yang lain.)

Bayangkan, seandainya sebatang lilin itu dikritik, didebat, ataupun dihujahkan. Puaslah kita berfikir bagaimana mendapatkan lilin yang bertahan lebih lama dengan cuba dibakar dalam balang kaca, maka terhasillah lampu pelita. Kita juga puas memikirkan api yang lebih kuat dengan membakarnya dengan bantuan gas asli, maka terhasillah lampu gasolin. Kita juga puas memikirkan lilin yang tidak berbau dengan menghasilkan lilin wangi.

Bayangkan pula, kalaulah Thomas Edison menggunakan teknik pemikiran kritikal ini, beliau pasti tidak akan menemukan teknologi mentol yang ada sekarang. Lihat saja mentol di sebelah kita, 360 darjah sangat kontra struktur binaannya dengan lilin. Namun, misi mentol masih sama dengan lilin. Iaitu menghasilkan cahaya (atau haba jika perlu). Err.. Sepatutnya ini adalah contoh pemikiran parallel. Apalah Irfan ni…

Pengajaran/Moral daripada Pemikiran Kritikal
1. Musuh kita adalah diri kita sendiri.

Musuh kita sebenarnya adalah kisah-kisah kejayaan lampau yang diraih oleh diri kita sendiri, ataupun pengetahuan kita yang sedia ada. Kerana itu, dalam pengalaman saya, saya sering bertemu sahabat yang sangat cemerlang di UPSR dan PMR tetapi gagal semasa SPM. Ada juga yang cemerlang semasa SPM, namun ditendang keluar oleh pengurusan Matrikulasi kerana tidak cukup pointer. Mereka terbawa-bawa dengan kisah kejayaan mereka. Saya berpegang teguh pada pesanan cikgu Sains saya di Tingkatan Tiga di SMKPG1, Cikgu Masrawati,

"Berjaya itu tidak sukar, tapi mengekalkan kejayaan itu adalah sangat derita".

2. Jika datang idea baru, usah terburu-buru menuntut bukti.

Kita tanpa sedar, sudah terbiasa meminta data atau statistik yang menunjukkan sesuatu idea itu terbukti berkesan. Sedangkan, idea-idea baru adalah musuh kepada idea lama. Idea lama yang sudah mempunyai data dan statistik itu pula, terang-terang menggambarkan usia sesebuah idea itu bertahan. Oleh itu, mari membuka diri kita terhadap ruang-ruang risiko idea baru, supaya kita berpeluang belajar sesuatu daripadanya. Risiko juga adalah ilmu.

3. Delay your judgement, atau tangguhkan keputusan semasa menilai.

Kita kadang-kala gopoh membuat penilaian. Ia mungkin disebabkan kita terbawa-bawa dengan pengaruh Barat, iaitu kita menganggap orang yang tidak ada pendapat adalah bodoh, atau mempunyai satu pendapat sahaja sudah dianggap pintar. Barat mengatakan orang yang laju melontar komentar adalah pintar, walhal Islam mengetengahkan prinsip “Diam lebih baik daripada berkata-kata.” Berbeza pula dengan pemikiran timur seperti Jepun, China dan Korea. Mereka sependapat, bahawa orang yang lambat beri pendapat, atau mempunyai banyak cabang komentar adalah seorang yang bijaksana dan hebat. Contoh jawapan orang pintar kebiasaannya adalah seperti ini,

Komen saya terhadap isu ini ada dua. Wajar dan tak wajar. Dari segi ……… ia adalah wajar. Dari segi ….. pula ia tidak wajar.

4. Selalu berfikir yang positif sahaja.

Jika kita sering berfikir positif, kita pasti akan nampak ruang dan peluang di sebalik masalah yang sedang kita hadapi. Jika kita berfikir secara kritikal, pemikiran kita akan terlindung oleh satu hijab (atau saya katakan ia mirip Dinding Kebodohan oleh Dr. Yoro Takeshi). Kita boleh jadikan kisah kejayaan mencipta mentol oleh Thomas Edison sebagai motivasi dalam pemikiran kita.

Latihan Tambahan.
Mari mengkritik kereta sorong dalam gambar rajah di bawah (ia betul-betul serupa dengan sampel latihan daripada Puan Ainon):


di petik dari : http://www.sangpelangi.com/ilmu-critical-thinking-oleh-puan-ainon-mohd.html

2 comments:

  1. kritikal thinking ni biasanya orang yg berdebat... benda SPONTAN... jom cuba baca sy pye blog plak..

    ReplyDelete
  2. https://youtu.be/mMtrxPgvV6I

    But then, kenapa Tariq Ramadan kata critical thinking is important for muslim?

    ReplyDelete