Tuesday, August 23, 2011

Iftor Bersama2 Rakan Sebelum Berlabuhnya Tirai Ramadhan dan Cuti Mid Term



Harini Putri diajak oleh kengkawan untuk Iftor bersama diluar..sebelum kawan2 yang dari pantai timur pulang berhari raya (tiket tinggai hok tu jerkk) huhu..terpaksa la diorang memonteng akan kelas..hehe..alhamdulillah..dapat iftor bersama rakan2 (ainun,k.cik,sarah,jihah,kak hea,kak nung,kak ida)...makan sikit pun kenyang banyak (cewahhh betul ke sikit..??hehe)...terasa ukhwah itu terlalu manis..bergurau senda..bak kata enun..berkuk-kik..jgn marah nun.. :D sarah pulak bawak bihun goreng..nak makan ABC..dapat makan ABC sebelum balik..sampai bawak balik ha..(n_n) enun plak..dok nak makan,nak makan...dapat gak yer makan??kat situ...kak kembar plak..jgn nakal2 yer...hihi...syioq usik diorang..merah padam muka..! terasa dewasa bila berbicara tentang ******..kan3 (style ust. fauzi tny..hehe) kak.cik pun dah nak gi beli yang warna kelabu tu...apa yerkk hehe..pastu jalan2 jap kat shopping complex tu..sebelum terlupa..terimakasih byk2 buat jihah..sebab sudi bawa putri membonceng motorsikal..hehe tinkiu2..sem depan kita jalan2 lagi yer kawan2...semoga byk kenangan tercipta antara kita..maklumla..putri dah nak kena tinggal..huhu..sedih2..jgn lupa jenguk2 putri yerr...!!...ok lah..sebelum mengakhiri bicara..ada serangkap ayat yg dinukil oleh kak cik (kak kecik kami hehe)



     
"nik'matnya 
fiLLah bukan nilaian pd tinggal sebumbung,
makan bersama,dan tidur sebilik, 
dekat pd zahirnya, namun hakikatnya jauh terpisah hati2 mereka..
tapi pada hati yg ikhlas menerima,memberi,dan berkongsi."







Putri




Sarah







najihah



najihah, kak raihan, kak ida, kak raihanun






putri, kak cik, ainun & sarah














Ainun & Kak Cik











Sunday, August 14, 2011

Menjawab Kemusykilanku...


Baru2 ni..aku diserang semula lelah...bercampur dengan demam yang aku hidapi...jadi dilema aku...batal ke tak batall....jantung dok semput dah...pusing pi pusing mai...tanya ulama' (sahabat) yang aku yakini jawapan mereka...si A kata..batal..sebab ada rasa pahit kat inhealer tu...si B kata..tak batal..sebab ianya sepertimana kita berkumur ketika wudu'..air yang tersisa didalam mulut itu tidak membatalkan kerana zatnya kita tak nampak..dan ni pendapat dari ''Yusuf Qardhawi" si C plak kata..ikot kadar pengambilan..kalau terlalu byk kali ambil..jadi batal..si D kata...kalau sekali tu makruh..kalau byk kalu maka khulasohnye...kena la buka puasa..hehe...akhirnya aku dapat jawapan..alhamdulillah la...aku tak buka puasa terus haritu..hehe...ni artikel yang aku dapat dari blog ustaz zahazan...semoga dapat berkongsi kekeliruan bersama..agar kita dapat menjalani ibadah puasa dgn tenang dan yakin :)
"Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 
Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat. Justeru, hukum puasa adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti nyata dan diyakini terbatalnya ia. Sebagaimana kaedah Fiqh "
والأصل بقاء الشيء على ما هو عليه
Ertinya : Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya.
Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak. Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu'alam."

Sunday, August 7, 2011

Orang Mukmin Yang Sejati

Orang mukmin yang sejati
Jika terbuat dosa
Hatinya luka punah
Sedih dan derita
Jiwanya parah tak boleh
Melupakannya sepanjang masa
Kalau ia anggota lahir
Tentu nampak berdarah
Kalaupun sembuh dari lukanya
Namun parutnya masih ada

Begitulah halus perasaan
Seorang hamba yang berdosa
Dia tak boleh melupakannya sepanjang masa
Bagaimana dia boleh melupakannya
Kerana parutnya masih ada

Ertinya ingatannya pada dosa
Tak boleh dilupakannya
Teringat sahaja jiwanya tersiksa
Teringat sahaja hatinya derita
Payah sekali dia mahu melupakannya

Perasaan ini anugerah
Dan nikmat dari tuhannya
Takut dengan dosanya itu
Jadi syafaat padanya
Tersiksa dengan dosa
Derita dengan kesalahan
Dianggap oleh Allah itulah
Hukuman kepada hambanya
Moga di akhirat kelak terselamat
Daripada siksa neraka

Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja ia bergelora
Kerana takut dengan tuhannya
Lebih lagi setelah terbuat dosa

Saturday, August 6, 2011

"BERCINTA kerana Allah"

Sesungguhnya amat besar peranan cinta yang Allah hadirkan di dalam diri kita. Ia bukan sekadar membuai perasaan, bukan sekadar membolehkan kita merasai nikmat duniawi semata-mata, malah ia lebih daripada itu. Cinta adalah satu anugerah yang menjadi pintu bagi kita menggapai kebahagiaan hakiki di akhirat, pintu rahmat yang membolehkan kita mengecap redha dan cintaNya. Justeru, selayaknya kita memaknakan cinta itu sebaik-baiknya. 

Pernahkah terlintas difikiran kita, sedalam mana cinta kita kepada Allah Sang Pencipta? Ikhlaskah kita mencintaiNya? Adakah Dia juga membalas cinta kita? Sedalam mana cintaNya kepada kita? Mari kita merenung jauh kedalam diri, ke lubuk hati, benarkah kita mencintainya?.

Tugu cinta yang dibina hanya kerana Allah yang membantu kita menggapai redhaNya. andai kita mampu merealisasikannya semasa hidup di dunia, maka kita adalah manusia yang beruntung dan bakal meneguk nikmat yang tiada ternilai harganya di akhirat kelak. Namun, andai nafsu dunia dibiarkan menjadi raja, maka cinta yang tidak dipandu cahaya hanya sia-sia. Kerana cinta kita itu tiada nilainya walaupun sedikit disisi Allah.

Marilah tuluskan cinta kita hanya kerana Dia. Naskah ini menitipkan bait-bait indah agar cinta kita hanya ditujukan kepadaNya. tataplah setiap perkataan, semaklah setiap helaian dan carilah kecintaan yang hakiki demi kebahagiaan abadi disana nanti. ana baru beli kelmarin..RM15..kalau member popular..dapat rebate 20%..cepat2 rebutlah buku2 islamik..tak rugi..




Celoteh Dengan Printer..Macam Jaga Budak Tadika..

Allahu Akbar....
seharian harini..aku berkelai dgn printer..mcm bkelai dgn adik kecik..(padahal tak dak adik pun) haha..susah sungguh nak jaga printer ni...merajuk mcm budak tadika...print sikit...jem sejam...jem boleh makan takpa gak..ni jem bulan2 puasa pulak...adoiii...lawan tarik kertas dgn printer..hehe..macam ngan dia boleh cakap..hihi (sampai heran satu ahli rumah..k.mira gaduh dgn printer)..adoi..kenangan sungguh..hari yang tak dapat kulupakan..ingatkan senang je main dgn printer ni...rupa2nya..makkk ai....seharian bukak tutup cek catrish (betul ke eja..antam je) hehe on off...kertas rosak..haiii..teringat zaman kerja dekat MPIK dulu masa lepas STAM..time dekat2 pelajar nak exam..dok kalut potostat kertas soalan beratus2..dia buat kipas la kertas2 tu kat dalam mesin potostat tu..he...dah tu ada sorang kakak kerani ni..dia kata "mesin ni tak boleh dok buat manja2" hah! sekali gedebum..gedebam! haha...tapi..pastu jalan elok plak..selang seminggu..kena panggil cina repair la..hehe...satu lagi..harini aku dapat tips untuk pemilik2 CD yang kurang quality tu..kalau tak leh nak buka tu...pi letak dalam peti sejuk...pastu baru boleh guna..hehe..mula2 dengaq nak tegelak ja..tp memang boleh guna lepas tu.. =) ni sorang lagi...dok geram kes tak leh masuk portal plak..hehe...pakat jadi singa di malam yang dingin plak..hehe..sabo yer adikku sayang...esok g IT na.... =D

Friday, August 5, 2011

Dugaan Mengajar Erti Kehidupan...

Assalamua'laikum..
ku bukakan bicara bisu ku..
Agar pembaca berada dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi InsyaAllah...dan tak kulupakan..SALAM RAMADHAN KAREEM..semoga semua berada dalam hari2 yang penuh keberkatan..bulan penuh nikmat pahala...berlumba2lah kita bersama sebelum sampai ke penghujungnya..dah lama kubiarkan sesawang ini bersawang transparent...insyaAllah semoga lembaran ini memeberi tirai baru bagi blog ni..insyaAllah...selama tidak di update kan blog ni..terlalu banyak dugaan hidup yang ku lalui...dari diri sendiri..hingga ke    "umur akbar"...Subahanallah...layakkah aku ini...aku selalu baca hasil nukilan2 ilmuan..mengatakan..Allah tak akan menguji hambaNYA dengan ujian yang tidak mampu digalas hamba2NYA...diuji juga tanda Allah kasih pada hambaNYA...malahan diuji juga adalah sebagai KIFARAH bagi dosa2 yang dilakukan waima yg kecil atau besar...Allahu Akbar...Subhanallah..semoga dgn kesusahan dan dugaan ini sebagai KIFARAH bagi dosa2ku yang telah ku lakukan sepanjang hayatku ini..sehingga detik ini..semoga selepas ini tidak lagi terulang...semoga juga keluarga sentiasa dianugerahkan Allah iman yang kuat untuk menjalani kehidupan...juga yang tidak dapat kulupakan..mak dan ayah...yang mungkin sunyi tanpa anak2 di usia mereka...sedangkan aku pula dah mula jarang pulang dek keadaan yang tidak mengizinkanku pulang buat sementara waktu ini..Ya Allah...sebak di hati ini..kekadang bila mengingatkan makayah..mcmana kalau suatu masa nanti aku pergi lagi jauh sehingga menjadikan aku jarang dapat pulang kerap..mudah2an diizinkan Ilahi aku dapat berada bersama mereka sehingga akhir hayatku...Mak..Ayah...walaupun dekat...masih belum dapat pulang berbuka bersama.. nahhh...tula yang dikatakan keadaan itu mematangkan 
diri...baru kini ku merasakan erti itu..erti dimana..nak tak nak..aku kena hidup berdikari..kena tempuh hidup..Ya Allah..dah 22tahun dah ha....semoga dgn ini aku dapat menjadi yg lebih baik untuk hari seterusnya...yang best..sekarang dah dapat ilmu baru...ilmu buat sijil..walaupun xpandai guna sepenuhnya lagi Adobe Photoshop...
Alahmdulillah..walaupun mula2 nak diserahkan tugas ni pada aku..fikir 4,5 kali...dahla xreti..tp..bila lagi nak pandai kalau xmula?? cabar diri sendiri! baru tau hasilnya..hehe...Alhamdulillah juga...dapat berbuka puasa bersama sahabat2 untuk dua hari (khamis&jumaat) konvoi bersama kawan2...ada ja lesen..tp..tetap jadi penumpang..hehe..maklumla..anak ayah....biaqla orang nak kata anak manja pun..janji aku tak langgar arahan ayah tercinta..=D ok lah..dah lewat dah pun (2.34am)...bukan apa..relax2 tensionn kat printer dok meragam...he..di sini..ku tinggalkan satu lagu yang tak bersuara..hehe..semoga darah perjuangan tu makin membakar dalam diriku juga sahabat sekalian :)

SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..