Saturday, August 6, 2011

"BERCINTA kerana Allah"

Sesungguhnya amat besar peranan cinta yang Allah hadirkan di dalam diri kita. Ia bukan sekadar membuai perasaan, bukan sekadar membolehkan kita merasai nikmat duniawi semata-mata, malah ia lebih daripada itu. Cinta adalah satu anugerah yang menjadi pintu bagi kita menggapai kebahagiaan hakiki di akhirat, pintu rahmat yang membolehkan kita mengecap redha dan cintaNya. Justeru, selayaknya kita memaknakan cinta itu sebaik-baiknya. 

Pernahkah terlintas difikiran kita, sedalam mana cinta kita kepada Allah Sang Pencipta? Ikhlaskah kita mencintaiNya? Adakah Dia juga membalas cinta kita? Sedalam mana cintaNya kepada kita? Mari kita merenung jauh kedalam diri, ke lubuk hati, benarkah kita mencintainya?.

Tugu cinta yang dibina hanya kerana Allah yang membantu kita menggapai redhaNya. andai kita mampu merealisasikannya semasa hidup di dunia, maka kita adalah manusia yang beruntung dan bakal meneguk nikmat yang tiada ternilai harganya di akhirat kelak. Namun, andai nafsu dunia dibiarkan menjadi raja, maka cinta yang tidak dipandu cahaya hanya sia-sia. Kerana cinta kita itu tiada nilainya walaupun sedikit disisi Allah.

Marilah tuluskan cinta kita hanya kerana Dia. Naskah ini menitipkan bait-bait indah agar cinta kita hanya ditujukan kepadaNya. tataplah setiap perkataan, semaklah setiap helaian dan carilah kecintaan yang hakiki demi kebahagiaan abadi disana nanti. ana baru beli kelmarin..RM15..kalau member popular..dapat rebate 20%..cepat2 rebutlah buku2 islamik..tak rugi..




2 comments:

  1. Mari mengejar cinta ALLAH...

    Salam ziarah dik...teruskan usaha mengejar kebaikan dunia demi Akhirat.

    Kak Huda MPIK~~~

    ReplyDelete
  2. syukran k.da :) trimakasih sebab sudi melawat blog dik..

    ReplyDelete